Bom buatan
sendiri itu
diletupkan dari
sebuah motosikal
yang diletakkan
berhampiran
dengan tempat
jual daging babi
pasar
terbuka
di pusat bandar
Jala,
kata jurucakap
tentera, Kolonel
Parinya
Chaidilok.
Tiga anggota
tentera yang
sedang membuat
rondaan di
kawasan
berkenaan turut
cedera dalam
kejadian yang
berlaku awal
pagi
hari Isnin
sekitar jam 7.30
waktu tempatan.
Kakitangan
kerajaan
termasuk tentera
dan polis serta
mereka yang
disyaki penyalur
maklumat di
kalangan
penganut Buddha
dan penduduk
etnik Melayu
sering menjadi
sasaran puak pejuang
Pembebasan
Patani.
Malah orang awam
juga turut
menjadi sasaran.
Lebih 3,900
orang telah
terbunuh
beribu-ribu
cedera di
tiga wilayah
suku Melayu
sejak
kumpulan pejuang
Pembebasan
Patani
Darussalam
melancarkan
serangan pada
Januari 2004.
Wilayah
suku Melayu
Patani, Menara
dan
Jala
adalah kawasan
majoriti
penduduk
suku Melayu
di negara yang
didominasi oleh
suku Siam yang
penganut
agama
Budha ini.
Kawalan
keselamatan yang
ketat baru-baru
ini turut gagal
menghentikan kekerasan
di wilayah
bergolak ini.
Bagaimanapun
Setiausaha Agung
Pertubuhan
Pembebasan
Patani Bersatu
(PULO) Imam Abu
Jihad kecam
rejim Bangkok
Abhisit, kerana
tidak serius
untuk berunding
dengan pejuang
Pembebasan
Patani.
Namun rejim
tersebut hanya
mencari jalan
untuk menangkap
dan membunuh
masyakat suku
Melayu.