Fights for independen Patani State |

|
Patani Darussalam Independent Online
News,information
politik and history.. |

|
|

|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
DALAM
NEGERI |
| Anggota keselamatan Thailand serang sekolah pondok, tiga
pelajar tewas |
| PATANI
DARUSALAM: 4 Dec - Keganasan di
selatan Thailand telah merebak ke wilayah Senggora dengan dua pelajar sekolah agama pondok
berusia 12, 14 dan 17 tahun ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata malam tadi
dipercayai anggota keselamatan Penceroboh Thailand. Mangsa
dikenali sebagai Abdul Rasid Pak Yusof, Zakaria Nurdin dan Azizah Yunuh
manakala lapan pelajar lain cedera termasuk seorang mengalami kecederaan parah.
Seorang penduduk Kampung Bukit Tuaran, Mukim Piang, Senggora, ketika dihubungi hari ini,
berkata kesemua mangsa dari sekolah Pondok Islahudin dimasukkan ke dua buah hospital di
Patani.
Beliau, yang hanya dikenali sebagai Abdul Wahab, berkata sekumpulan lelaki bersenjata
menyerang sekolah itu pada kira-kira pukul 9.30 malam tadi selepas pelajar kembali selepas
menunaikan solat jenazah seorang penduduk di situ.
"Beberapa minit selepas mereka balik, ada orang yang datang berjalan kaki menembak ke
arah pondok. Apabila keadaan reda, Tok Guru Haji Abdullah Chik arah pelajar untuk melihat
kalau ada yang cedera dan didapati dua mati di salah sebuah pondok," katanya.
Katanya terdapat kira-kira 200 pelajar lelaki dan perempuan menuntut di sekolah agama
berusia 30 tahun itu dan kawasan sekolah itu terletak tidak jauh dari rumah penduduk
kampung.
"Penduduk tidak membenarkan pihak polis dan anggota forensik serta pihak media
tempatan memasuki ke kawasan kejadian kerana mereka mengesyaki perbuatan itu dilakukan
oleh anggota keselamatan," katanya.
Abdul Wahab berkata ia merupakan kali pertama sebuah sekolah agama diserang sejak
pergolakan tercetus di wilayah penduduk Melayu pada 2004.
Pihak berkuasa Thailand telah melaksanakan kuasa daurat di
wilayah Melayu iaitu : Patani,Jala, Menara, dan empat daerah wilayah Senggora.bagi
menangani masalah pejuang Patani yang menuntut kemerdekaan.
Semalam, seorang Melayu dan anaknya ditembak mati manakala seorang Siam cedera dalam
kejadian berasingan di wilayah Menara.
Sejak kumpulan pejuang Pembebasan Patani melancarkan kempen pengeboman dan tembakan pada
Januari 2004, seramai 2,135 orang terbunuh termasuk 52 orang pada dua minggu pertama bulan
ini.
Patani adalah sebuah negara Melayu yang berdaulat
yang perintah oleh sultan Melayu sebelum di rampas oleh Thailand pada tahun 1902 -
AP/AFP/PINA |
|
|
|
|
|
|
|
|