Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Fights for independen Patani State

logo utusan.gif (1200 bytes)

      Patani dependent News, Information, Politik, History and.. 

                                               greetings.gif (11971 bytes)

 
 changrec.gif - 2893 Bytes DALAM NEGERI
Thailand mau Malaysia Terus Bantu bawa keamanan dikawasan suku Melayu
PATANI DARUSALAM:  12 Okt - Thailand meminta Malaysia untuk meneruskan pelbagai programnya dalam membantu membawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran di kawasan suku Melayu (selatan Thailand yang bergolak).

Menteri Pertahanan Pravit Wongsuwan memberitahu Panglima Angkatan Tentera Jen Azizan Ariffin yang sedang melakukan lawatan ke negara ini, pehak penjajah Thailand menghargai inisiatif 3E" (Pendidikan, Keusahawanan dan Pekerjaan) yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia.

Pegawai Thailand dan Malaysia berkata Pravit gembira dengan komitmen dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan angkatan tentera dalam hubungan dengan rakan Thailand mereka sejak 50 tahun lepas.

Pada pertemuan itu, Pravit juga memberitahu Azizan yang beliau berharap kerjasama di wilayah-wilayah suku Melayu akan diperkukuhkan lagi apabila Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva dan rakan sejawatnya Najib Tun Razak melawat ke kawasan itu pada Disember.


"Menteri itu berharap lawatan itu akan menunjukkan komitmen kedua-dua kerajaan untuk membantu mengurangkan keganasan di sini dan memberikan lebih keyakinan di kalangan penduduk," kata seorang pegawai.

Azizan, yang merupakan Panglima Tentera Udara sejak tiga tahun lepas, dilantik Panglima Angkatan Tentera pada September lepas.

Semasa lawatannya ke sana, beliau juga mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Jen Songkitti Jakabatra dan Panglima Tentera Udara, ACM Itthaporn Subhawong.

Menurut pegawai, Azizan memberitahu Pravit bahawa disebalik kerjasama yang dijalin mengenai isu di kawasan suku Melayu, Malaysia tiada niat untuk terlibat dalam hal ehwal dalaman negara ini.


"Azizan memberitahu menteri dan pegawai tinggi tentera bahawa Malaysia akan meneruskan program 3E, seperti program latihan Mara," kata seorang pegawai Malaysia.

Azizan juga mencadangkan kepada Songkitti agar kedua-dua mereka melakukan lawatan ke kawasan suku Melayu yang bersempadan dengan Malaysia sebelum lawatan perdana menteri kedua-dua negara.


Lebih 3,900 terkorban dalam keganasan di kawasan suku Melayu Patani, Jala dan Menara yang penduduknya majoriti Melay sejak kumpulan pejuang Pembebasan Patani  melancarkan perjuangan bersenjata pada Januari, 2004 bagi menuntut kemerdekaan

Namun Satu laporan Non violence International yang dikeluarkan bahawa keputusan kerajaan Thailand melengkapi senjata kepada penduduk suku Siam dan tiada peraturan jualan senjata menyebabkan ketegangan berterusan di kalangan penduduk suku Melayu dan suku Siam di wilayah ini.

Kajian terhadap dasar berkenaan menunjukkan bahawa penduduk suku Melayu di negara ini merasakan mereka tidak mendapat keadilan dan menjadi mangsa diskriminasi. oleh penjajah Thailand.

Misteri terus berterusan membabitkan mereka bertanggungjawab dalam kejadian keganasan di wilayah ini yang sebelumnya diperintah secara bebas oleh kesultanan Melayu sehingga ditawan oleh suku Siam Thailand sedekad lalu - PINA
 

Masjid Kersik

Masjid Telukmanok
Kota Patani & Sri Patani

Demonstrasi di Tabal

Home